Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah.
Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik,
geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah
kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang
telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia .
i.
Laporan Razak (1956)
Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak
Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan
dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata
Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 .Kurikulum pendidikan matematik
yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak
supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat
hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar
hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.
ii.
Laporan Projek Khas (1970)
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif
projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya
selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.
Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang
telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan
matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi
serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan
digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah
rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.
iii.
Program Matematik Moden (1970)
Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah
dan menengah pada awal tahun 70an. Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan
tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik dan vektor yang
dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah
semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum
Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas
diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan
Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana
ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah
rendah. Pada 1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan
matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati
bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik. Dua
buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden
Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya,
kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik
Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah disatukan pada 1978.
Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru
seperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan
statistik. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan
bahan manipulasi terus digalakkan.
iv. Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)
KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami
perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama
ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan
kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras
II. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap
konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik
(+, -, ÷ dan x). Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi
kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum
ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial
masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan
kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai
kemahiran-kemahiran asas matematik.
v.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik
sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun
1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita
murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994.
Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan
menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan
pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh
menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat
membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang
dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk
membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April
1993)
vi. Sukatan
Matematik Sekolah Rendah (1998)
Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi
keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi
2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada
tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat
menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan
telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk
utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah
secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan
operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat,
ruang, purata, peratus dan graf.
Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam
perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk
menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum
terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi
seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi
2020.
Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula
dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses
maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada
susah secara hiraki. Tajuk tajuknya ialah:
1. Nombor bulat dan operasi asas.
2. Pecahan dan operasi asas.
3. Perpuluhan dan operasi asas.
4. Wang
5. Ukuran panjang dan berat.
6. Ruang
7. Purata
8. Peratus
9. Graf.
Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam
perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk
menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum
terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan
aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Visi 2020. Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk
pelajar Tingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang
baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk
tujuan pembelajaran dengan mudah,seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat.
Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti
yang telah dibincangkan, ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. Di antaranya ialah Projek
Imbuhan (Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of
Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.
vii. Projek
Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980)
Projek Imbuhan telah dilaksanakan
selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan
ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Akibat
taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya
mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan
untuk belajar. Berikutan itu, Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib
kanak- kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah.
Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun
1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukan – peruntukan khas
dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah
rendah dan pra- sekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah pemberian
subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain. Bagi
mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh sumber-
sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih khusus
menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut
perkembangan kognitif murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi (
pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.
viii. Projek
InSPIRE (1977)
(Integrated System of Programmed Instruction for Rural
Environment)
Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun
1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah
untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan
pengayaan matematik di sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set
bahanbahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan
dihantar ke sekolah- sekolah untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek
ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek
InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983.
ix. Projek
Sekolah Bestari di Malaysia
Salah satu daripada tujuh flagship dalam
Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan
Sekolah Bestari di Malaysia. Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah
Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship-
flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput
untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship-
flagship ini.Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk
semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan
sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.
Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah
pelaksanaan proses pengajaran – pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua
elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan
dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan
pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran
sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pakej courseware yang
lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan
menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. Projek rintis Sekolah Bestari di
Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah
menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi
empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini
di semua Sekolah Bestari.
SUMBER : http://darshinipml2011.blogspot.my/2013/10/sejarah-matematik-di-malaysia_3.html
No comments:
Post a Comment