PENGARUH MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Sedarkah kita bila wujudnya matematik? Tiada jawapan yang
jelas dapat diberikan oleh setiap orang. Setiap orang akan memberikan jawapan
yang berbeza jika soalan seperti itu diajukan kepadanya. Tetapi apa yang jelas
di sini adalah, matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian
kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang
berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan
dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu
sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian.
Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap
individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang,
supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh
mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian,
dan sebagainya.
Sukan
Tennis ‘vs’ matematik?? Pernahkah anda tahu permainan tennis
ada kaitannya dengan matematik? Terdapat pelbagai formula dan model matematik
yang digunakan untuk menguasai permainan tennis. Contohnya pengaplikasian
vektor, kebarangkalian, arithmetik, model “Markov chain” dan sebagainya. Segala
penerangan lanjut tentang kaitannya akan anda perolehi dalam edisi seterusnya.
Ketenteraan
“Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? Apa itu
“Operational Research” (Kajian Penyelidikan)? “Operational Research” (Kajian
Penyelidikan) adalah salah satu cabang matematik. “Operational Research”
(Kajian Penyelidikan) mula wujud sejak awal Perang Dunia ke-2, dimana ia
digunakan sebagai “alat” untuk menyelesaikan masalah ketenteraan, seperti
masalah pengangkutan, penggunaan senjata yang berkesan, menyiasat penyusunan
semula bahan-bahan yang musnah dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang ini,
penggunaan “Operational Research” (Kajian Penyelidikan) telah meluas pada
bidang cari gali sumber bumi, kawalan barangan import dan eksport, organisasi
produk input dan output bagi syarikat serta banyak lagi. “Operational Research”
(Kajian Penyelidikan) semakin meluas kerana penggunaannya yang berkesan dan
bersistem, iaitu mempunyai pelbagai langkah serta kaedah.
Kesenian
Pernahkah anda fikir bahawa kesenian adalah subset kepada
matematik? Mengapa dan dimana bukti bahawa kesenian itu merupakan subset kepada
matematik? Hakikatnya wujud hasil-hasil seni yang terbina daripada
matematik.Contohnya seni bina, seni lukis dan lain-lain.
SUMBER : https://khairulsyafiqsuhaimi.wordpress.com/matematik-aplikasinya-dalam-kehidupan/
No comments:
Post a Comment