Aplikasi Nombor @ Matematik Dalam Kehidupan
Perkataan Matematik
dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "mathematics"
yang berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang
bermaksud mempelajari, menimba, sains dan diperkenalkan untuk
menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud
"bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Matematik atau
disebut juga sebagai ‘Ilmu Hisab’ boleh ditafsirkan sebagai suatu kajian
mengenai corak struktur, perubahan dan ruang atau lebih senang untuk difahami
sebagai kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Bidang ilmu ini telah lama
diketahui oleh umat manusia sejak zaman dahulu lagi dan terus berkembang dan
digunakan sehingga masa kini dengan penemuan dan kajian yang dijalankan. Oleh
itu, pada hari ini dapatlah dilihat bahawa bidang ilmu ini memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan kita mencakupi pelbagai aspek.
Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik sama ada secara
langsung walaupun tidak secara langsung tanpa disedari. Di sekolah, mata
pelajaran Matematik diajar kepada murid-murid daripada peringkat rendah
sehingga peringkat menengah dan berterusan ke tahap yang lebih tinggi. Mereka
diajar dari asas sebelum melangkah kepada lebih rumit dan kompleks yang
melibatkan keupayaan pemikiran individu. Semua orang tahu asas nombor dalam
Matematik iaitu 1 hingga 9 kemudian menjadi puluh, ratus, ribu dan seterusnya.
Empat operasi kiraan melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi diajar
kepada murid sebagai pengenalan apa itu Matematik. Selain itu, ilmu ini dapat
digunakan untuk menyelesaikan masalah dan urusan seharian manusia. Contohnya
dalam urusan jual beli berlaku penggunaan Matematik. penjual dan pembeli perlu
cara pengiraan yang betul untuk menjual dan membeli sesuatu. Nilai wang yang
digunakan perlulah tepat supaya tidak berlaku salah faham.
Masih
banyak kegunaan matematik yang tidak kita rasakan secara langsung, mungkin
kerana kita kurang peka terhadap peranan Matematik itu sendiri. Misalnya,
ketika menunggu nyalaan lampu isyarat. Tidakkah pernah kita terfikir bagaimana
pengiraan masa nyalaan lampu hijau, merah dan kuning bagi setiap laluan agar
tidak berlaku kesesatan lalu lintas. Kita juga sering kali akan terfikir,
seandainya kita dapat lampu merah, mengapa untuk lampu lalu lintas berikutnya
juga mendapat lampu merah. Begitu juga jika mendapat lampu hijau, kita turut
akan mendapat lampu hijau pula pada lampu lalu lintas Tentu ini semua merupakan
pengiraan yang memerlukan Matematik. Dalam hal masakan pula, untuk
membuat kek memerlukan kita tahu konsep sukatan. Ini perlu bagi mendapatkan
kiraan sukatan yang betul seperti sukatan tepung mesti sesuai dengan bilangan
telur yang akan digunakan. Jika kiraan sukatan tepat maka terhasillah aduan dan
rasa kek yang diingini.
Fungsi matematik seterusnya ialah bidang ini juga berkait dengan bidang ilmu
yang lain. Ilmu ini turut diaplikasikan dalam bidang seperti Sains, Seni, Muzik
dan lain-lain lagi. Dalam cabang sains, matematik digunakan dalam eksperimen
yang dijalankan yang memerlukan pengorganisasian data-data dan penyediaan
maklumat statistik pengukuran bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Bagi
pengiraan kelajuan dan jarak sesuatu objek memerlukan pengiraan mengikut
formula yang betul seperti dalam hukum inersia dan hukum graviti.
Peredaran dan putaran bumi dapat diketahui dengan menggunakan kaedah pengiraan
yang betul yang dijalankan oleh pakar bidang kaji alam semesta atau astronomi.
Penggunaan matematik turut berlaku dalam penentuan kiraan hari dan bulan untuk
kalendar. Penghasilan lukisan seni visual juga ada yang menggunakan
konsep geometri dalam matematik iaitu melukis cantuman bentuk-bentuk sekaligus
menjadikan satu lukisan yang menarik. Sama juga dengan garisan, dan lengkukan
yang dilukis. Justeru, ilmu matematik ini sememangnya merentasi aspek ilmu
pengetahuan yang lain dan saling melengkapi.
Penggunaan ilmu ini juga amat penting dalam bidang ekonomi. Ini diakui sendiri
oleh ahli-ahli ekonomi. Bagi memahami analisis ekonomi, seseorang itu
perlu celik matematik dan statistik. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal,
saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik. Dalam sektor
swasta pula, seorang pengurus sesuatu firma perlu tahu untuk menggunakan
pendekatan matematik bagi merancang strategi firma yang bermatlamatkan
keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah
kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan
kuantiti input yang ditetapkan. Malahan model struktur ekonomi boleh memberikan
gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan
jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pewujudan peluang pekerjaan,
pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Oleh itu, dapat dilihat
bahawa matematik amat sinonim dalam bidang ekonomi.
Di sektor pembinaan dan pembangunan pula, peranan matematik turut digunakan.
Semua pembinaan bangunan di dunia ini perlu akan pengiraan skala dan ukuran
yang betul dalam pelan sebelum menghasilkannya. Para arkitek dan jurutera sememangnya adalah pakar dalam bidang ini.
contohnya, dalam pembinaan sesuatu bangunan perlu untuk tahu ketinggian
bangunan sesuai dengan struktur permukaan bumi, ukuran untuk ruang yang
diperlukan dalam satu-satu ruangan. Ukuran yang salah akan membawa kesan yang
buruk kepada sesuatu pembinaan. Dalam perancangan bandar, ilmu ini penting juga
bagi menjadikan sesebuah bandar itu strategic dan teratur keadaannya. Bandar
yang terancang menyumbang kepada penambahan penduduk dan memberi keselesaan
kepada mereka.
Seiring dengan kemajuan yang dicapai terutamanya dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) turut melibatkan penggunaan bidang
matematik.Perkembangan matematik ini memunculkan peralatan moden seperti
komputer. Matematik begitu biasa dengan pengiraan begitu juga dengan
fungsi komputer yang boleh digunakan bagi mengira dan pada papan kekunci diletakkan
angka 0 hingga 9 namun kini fungsi komputer telah pun banyak kegunaannya.
Misalnya, bagi menghasilkan sesuatu perisian sistem ini perlu menggunakan
nombor-nombor tertentu. Begitu juga dalam proses pemprograman data dan
fail yang perlu. Sebenarnya, masih banyak lagi sumbangan matematik dalam
perkembangan TMK yang merupakan dasar ilmu komputer.
Selain daripada itu,
matematik merupakan satu warisan budaya di mana hasil-hasil seni dilukis dan
dibina. Lihat sahaja kepada bangunan Petronas Twin Tower yang tersergam indah di ibu kota kita, Kuala Lumpur , tanpa adanya matematik maka, tiadalah jurutera
dan arkitek nya yang berkaliber. Memandangkan matematik sangat memainkan
peranan dalam kehidupan kita, ianya merupakan satu fungsi ekonomi bagi
menentukan siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah.
Pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan
penguasaan matematik yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun,
matematik sangat mempengaruhi jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang
individu. Akhirnya, matematik ini berperanan untuk membentuk satu
komuniti saintifik dan teknikal yang menjadi faktor penentu kerjaya seseorang
individu.
Kebolehan untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi kepentingannya yang
tersendiri kepada individu. Seperti yang kita tahu dalam kehidupan seharian,
matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana
perniagaan saham boleh naik turun setiap detik, setiap waktu, dan setiap
saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap
syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan
di seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan
terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang
memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu, setiap pemegang
saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti
kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak
dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang
sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian
masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat
diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada
keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah
mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang
bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik, malah masalah yang sering
kita hadapi dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, kemahiran
penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang
perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan
kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan
masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan, seorang penjual aiskrim
bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan
yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak boleh mengira secara pantas? Itulah
kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang
sama, penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia
berurus niaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang
berharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang
disaluti coklat rangup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi
sambutan kanak-kanak. Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk
menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan
kepada pelanggan. Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara
memulangkan baki kepada pelanggan. Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia
ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya. Itulah
kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika
diamalkan selalu.
Sekiranya kita sedar
bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan teori malah perlu praktikal
selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin
penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui
pendekatan penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.
Penyelesaian masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks
tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara
untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah
diperoleh.
Stanic dan Kilpatrick,
(1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati matematik melalui
penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata
dan kerana matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi
fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi
kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupan
sehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain
dari kehidupan mereka.
Penyesuaian diri itu amat
penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan ekonomi yang wujud di dunia
ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang diurus
secara langsung oleh setiap individu yang menghadapi masalah ini. Harga minyak
di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu
contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang
menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik
10 sen pada harga pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada
awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan
boleh merancang perbelanjaan diri kita perlu mengelakkan dan merancang
penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan membebankan
kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan seharian
,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak mengalami
kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang berkualiti
dari segi intelek.
Bayangkan kehidupan tanpa
nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang
dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud
ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang sebati dalam
kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupan seharian dengan
kewujudan Matematik dalam kehidupan dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan
manusia. Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh
dunia. Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia
dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang Arab yang sanggup
berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang
lalu, mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka.
Bukan sahaja itu,
sekiranya matematik tidak wujud, wujudkan lagi bank di dalam dunia? Itulah
menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang
kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun,
fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek
ini. Oleh itu, pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang
peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu
cenderung untuk melakukan kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang
paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan
kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian
masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.
Apa yang dapat
disimpulkan di sini, Matematik adalah satu subjek yang wajib dididik kepada
kanak - kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin membesar,
semakin banyak diguna pakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahaja itu,
desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana
teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting
dalam kehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak.
Matematik ini pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya
tahap kecerdasan intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk
menjadi individu yang berguna pada masa akan datang, dan matematik juga
memainkan peranan yang amat besar dalam proses pertukaran barang yang sangat
diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik
maka mundur lah pembangunan manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah
perkembangannya.
Kesimpulannya, peranan matematik sememangnya penting dalam kehidupan manusia.
Oleh itu, setiap individu perlu menguasai kemahiran dalam ilmu ini terutama
bagi murid-murid yang mesti diajar konsep dan asas matematik dengan betul. Ada pepatah mengatakan "sesiapa yang menguasai
matematik dan bahasa maka ia akan menguasai dunia". Ertinya matematik
sebagai media melatih untuk berfikir kritis, inovatif, kreatif, dan mampu
menyelesaikan masalah, sedangkan bahasa sebagai media menyampaikan idea-idea
atau gagasan serta yang ada dalam fikiran manusia.
SUMBER : http://mathsoo.blogspot.my/2013/09/aplikasi-nombor-dalam-kehidupan.html
No comments:
Post a Comment