Matematik merupakan mata pelajaran penting dalam kurikulum sekolah-sekolah di negara kita. Mata pelajran ini mula diajarkan dari peringkat tadika hinggalah menengah. Malah di kolej dan universiti juga, matematik masih menjadi komponen penting dalam hampir kebanyakan kursus pengajian.
Penguasaan dalam ilmu ini menuntut seseorang itu memahami konsep-konsep pengiraan asasnya. Melalui pemahaman konsep, secara langsung melatih manusia untuk berfikir.
Selain itu, mata pelajaran ini juga memerlukan seseorang pelajar menghafaz segala rumus yang diperlukan sebagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dikemukakan. Ini sekaligus mengasah bakat berfikir dalam diri seseorang individu. Untuk itu, seseorang yang ingin mahir harus membuat banyak latihan secara langsung.
Menerusi penguasaan matematik, pemikiran manusia akan menjadi semakin matang. Setiap masalah akan diselidik dari pelbagai sudut untuk mencari jalan penyelesaian.
Manusia yang berjaya di dunia ini adalah berkat penguasaan dalam bidang matematik. Penguasaan juga amat penting dalam mencipta alat-alat kelengkapan yang bakal digunakan untuk tujuan penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan pengiraan dan penyukatan.
Oleh itu, tanpa kebolehan dalam matematik, segala kejayaan tidak mungkin menjadi suatu kenyataan. Kesimpulannya, setiap individu harus menguasai matematik untuk terus hidup dengan lebih produktif dan bermakna.
SUMBER : http://coretan-pena-kami.blogspot.my/2009/02/kepentingan-matematik.html
Labels
- CARA DOWNLOAD NOTA MATEMATIK (1)
- Form 4 (36)
- Form 5 (26)
- Soal Jawab (1)
- Tuisyen Online (3)
Header FB
insert_pixel_code_here
!doctype>
Code Pixel FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Perlu Belajar Matematik & Apakah Keistimewaannya
Dalam sesuatu pengajian, diperingkat Sekolah, kita di dedahkan dengan pelbagai ilmu berguna kita belajar. Ada bidang Sains, Saster...
-
Menurut pengalaman ramai pelajar atau guru/ pensyarah, biasanya pelajar yang berjaga lewat malam atau stay up belajar sampai pukul 2 atau 3...
-
PENGENALAN Seseorang insan telah mula belajar sejak lahir. Bayi yang baru lahir mewarisi pelbagai bentuk gerakan pantulan misalnya apa...
-
Dalam sesuatu pengajian, diperingkat Sekolah, kita di dedahkan dengan pelbagai ilmu berguna kita belajar. Ada bidang Sains, Saster...
No comments:
Post a Comment