Header FB

insert_pixel_code_here

Code Pixel FB

Otak Kanan & Otak Kiri Dalam MEMBURU A Matematik SPM - Cikgu Nik Ah

Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera…

Di sini ialah teknik belajar Matematik bagi yang major otak kiri dan kanan.

Bagi yang major otak kiri, mereka perlu buat banyak latihan maksudnya try and error tetapi biarlah berdasarkan nota-nota cikgu atau nota buku rujukan atau nota buku teks. Mereka juga mempunyai pilihan untuk bertanya guru soalan yang mereka tidak boleh jawab atau rujuk jawapan belakang buku latihan yang di beli. Ini akan mengasah IQ mereka sekaligus memberi kelebihan kepada mereka dalam menjawab soalan walau macam mana gaya soalan sekalipun yang datang, InsyaAllah mereka mampu jawab. J

Bagi yang major otak kanan pula, mereka perlu dengar cikgu mengajar, kemudian baca nota-nota cikgu, buku rujukan, dan buku teks, kemudian perlu membuat latihan matematik. Bagi soalan yang mereka tidak dapat jawab, mereka mempunyai pilihan untuk berbincang dalam study group sesame kawan mereka dan juga mesti bertanya guru. Mereka ini biasanya mudah menghafal, jadi apabila cikgu bagi jawapan, mereka mudah menghafal. Jadi, bagi mereka yang major otak kanan, mereka perlu membuat banyak latihan bagi mengenal pasti gaya-gaya soalan Matematik seterusnya bertanya guru mengenai soalan yang mereka tidak boleh jawab dan seterusnya memahami dan sekali gus menghafal jalan kira. So, apabila mereka membuat banyak latihan, semua gaya soalan Matematik mereka sudah tahu jalan kira dengan bertanya guru, maka walau datanglah apa jua sekalipun gaya soalan Matematik, InsyaAllah mereka boleh jawab. KUNCINYA, buat banyak latihan matematik dan bertanya guru. J

Itulah Teknik Belajar Bagi yang major otak kiri dan bagi yang major otak kanan.

OTAK KIRI – Fahami nota cikgu, buku rujukan dan buku teks è Buat Latihan è Try n Error è Rujuk Jawapan dibelakang buku soalan atau latihan è InsyaAllah A Matematik

OTAK KANAN – Dengar Cikgu Mengajar è Baca Nota Cikgu, Buku Rujukan, Buku Teks è Buat Banyak Latihan è TANYA CIKGU è HAFAL DAN FAHAMI JALAN KIRA è InsyaAllah A Matematik


SEMUA ORANG BOLEH CEMERLANG MATEMATIK… J

No comments:

Post a Comment

Kenapa Perlu Belajar Matematik & Apakah Keistimewaannya

Dalam sesuatu pengajian, diperingkat Sekolah, kita di dedahkan dengan pelbagai ilmu berguna kita belajar. Ada bidang Sains, Saster...