Dewasa kini, perkembangan teknologi begitu pantas sehinggakan
sebuah telefon bimbit yang dahulunya berwarna hitam putih sahaja telah
menyerupai sebuah computer pada zaman sekarang. Memang tidak dapat dielakkan
lagi, kita terpaksa menerima perubahan teknologi pada zaman sekarang
sehinggakan proses perniagaan pun telah dijalankan online sahaja pada zaman
sekarang.
Begitu juga dengan teknik pembelajaran sekarang. Ada
Universiti yang menawarkan kursus Ijazah hanya dengan belajar online dan
menghadiri kelas online sahaja di rumah.
Adik-adik, apakah kelebihan mengambil kelas tuisyen online?
Dewasa kini, jika kita lihat, ramai remaja terlibat dengan
masalah social seperti mengambil dadah kerana terikutkan kawan-kawan kurang
baik.
Antara kelebihan tuisyen online ialah :
1)
Dapat
mengelakkan masalah social seperti dadah
2)
Fokus
adik-adik lebih kerana jarak adik-adik dengan Tutor atau Cikgu tuisyen hanya
selangkah dua sahaja iaitu jarak adik-adik dengan computer.
3)
Ia
lebih senang untuk faham kerana ia seperti adik-adik duduk di meja depan sekali
dalam kelas
4)
Bagi
yang mengambil tuisyen online secara individu, untungnya adik-adik boleh
sentiasa bertanya terus jika tidak faham.
5)
Bagi
yang mengambil tuisyen online secara berkumpulan, adik-adik juga boleh bertanya
terus jika tidak faham, tetapi berkongsi masa dan soalan dengan rakan-rakan
yang lain. Walaubagaimanapun, insyaAllah saya akan bantu kesemuanya untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Matematik.
6)
Secara
peribadinya bagi saya lah, seorang Tutor, saya lebih suka dan memilih untuk
belajar dengan Cikgu secara online kerana untuk Berjaya ini, kita sendiri yang
kena usaha lebih. Dengan mengambil tuisyen online, adik-adik yang berada di
rumah mempunyai lebih masa untuk usaha lebih tanpa gangguan, J
Ok lah adik-adik, setakat itu lah
sedikit pengetahuan yang abang share kali
ini.Terima kasih, J